Pengenalan kepada Auto Reply -- Review Management
Fungsi: Selepas anda mengaktifkan jawapan automatik, BigSeller akan secara automatik menjawab ulasan pelanggan anda.
Bagaimana untuk mengaktifkan ciri Auto Reply?
Langkah 1: Cipta Templat Jawapan (Reply Template)
Pergi ke Marketing > Templat Jawapan (Reply Template) untuk membuat templat jawapan baru. Anda boleh membuat sehingga 200 templat.
Anda perlu memasukkan nama templat dan menetapkan sehingga 10 jawapan untuk setiap penarafan, BigSeller akan secara rawak memilih satu sebagai jawapan.
Langkah 2: Aktifkan Jawapan Automatik (Auto Reply)
Pergi ke Maketing > Review Management, di sini anda boleh klik butang Tetapan (setting) dan pilih templat jawapan.
Selepas itu, klik di sini untuk mengaktifkan jawapan automatik.
Nota
1. Ciri ini hanya tersedia untuk Shopee dan Lazada pada masa ini.
2. BigSeller menjawab ulasan pelanggan setiap 2 jam.
3. Untuk pelan percuma, kuota jawapan automatik adalah 20/ marketplace setiap hari. Jika anda ingin lebih banyak jawapan automatik, sila naik taraf pelan anda.
4. Ulasan positif asal tidak akan dijawab automatik.
5. Anda boleh klik Reply Record untuk menyemak semua sejarah jawapan.
Video Tutorial:
Adakah kandungan ini membantu?
Maklum balas anda mendorong kami untuk terus pengoptimuman, terima kasih atas penilaian anda
Jika dokumen ini tidak dapat menjawab soalan anda, anda boleh Hubungi Kami