1. Error : Pesanan ini tidak mendapat nombor penjejakan (tracking no), sila klik 【Refresh】 kemudian

Penyelesaian: Apabila anda mengklik Pek dalam BigSeller, ia akan menyemak secara automatik sama ada Shopee telah menjana nombor penjejakan (tracking no). Jika nombor penjejakan (tracking no) tidak sedia, ia akan melaporkan error ini. Sila tunggu sebentar kemudian klik butang 【Refresh】di sebelah kanan.

 

2. Error : Produk pesanan ini tidak mempunyai hubungan (mapping) dengan Merchant SKU, sila tetapkannya pada halaman butiran pesanan kemudian proses pesanan semula

Penyelesaian: Selepas membenarkan Monitor Inventori, sistem akan menyemak secara automatik sama ada produk dalam pesanan ini telah dipetakan dengan Merchant SKU BigSeller. Jika tiada hubungan pemetaan (mapping relationship), pesanan akan berpindah ke senarai Gagal. Sila petakan (map) produk dengan Merchant SKU sebelum klik butang Pek sekali lagi. Anda boleh menetapkan perhubungan pemetaan (mapping relationship) di bawah halaman butiran pesanan atau di bawah senarai Merchant SKU.

Cara Menambah atau Memadam Perhubungan Pemetaan (mapping relationship)
Bagaimana untuk Mengubah atau Menambah Pemetaan (mapping) untuk Item Pesanan?


 

3. Error : xxxx tiada stok di gudang


Penyelesaian: Inventori Merchant SKU tidak mencukupi. Sila buat senarai stok masuk (stock-in list) untuk menambah stok kemudian pek pesanan itu semula.

Bagaimana untuk menambah Senarai Stok Masuk (stock-in list)?


 

4. Error : xxxx tiada di dalam gudang


Penyelesaian: Merchant SKU ini tiada dalam gudang penghantaran yang dipilih, sila ubah suai gudang penghantaran atau tambah Merchant SKU pada gudang penghantaran yang dipilih.