Bahagian 1: Ketahui tentang semua atribut laman senarai dengan cepat.



Status Penerbitan Produk
Draf: Produk yang perlu diedit dan diterbitkan, termasuk produk yang anda cipta dan simpan, produk yang diskrap dari platform lain, dan produk yang disalin dari kedai anda yang lain
Menunggu: Produk yang dijadualkan untuk diterbitkan.

Dalam Proses Penerbitan: Produk yang akan diperiksa oleh pasaran.

Berdasarkan had API Tokopedia, produk akan masuk ke Senarai Penerbitan dahulu selepas anda klik "Terbitkan (publish)" dan kemudian akan dikeluarkan satu persatu mengikut susunan.
Hanya produk dari Tokopedia yang akan berada di dalam status ini. Jika produk dari platform lain terdapat dalam senarai ini, ia adalah tidak normal, dan sila minta bantuan kami.
Gagal: Produk yang gagal untuk diterbitkan. Anda boleh melihat punca kegagalan dan menerbitkan semula selepas menyesuaikan maklumat produk di dalam senarai ini.
Aktif: Produk yang dijual, habis stok, dilarang, tidak tersenarai, dan dipadam.

Status Penyenaraian
Secara Lansung: Produk yang telah berjaya disenaraikan dalam pasaran. Pembeli boleh melihat dan mencari produk ini di laman utama kedai.
Habis Stok: Produk yang tidak ada stok.
Dilarang: Produk yang dilarang daripada dijual disebabkan pelanggaran polisi platform dan sebab-sebab lain. Pembeli tidak dapat melihat atau mencari produk ini di laman utama kedai.
Tidak Tersenarai: Produk yang tidak tersenarai dalam Pusat Penjual (Seller Center). Pembeli tidak dapat melihat atau mencari produk ini di laman utama kedai.
Dipadam: Produk yang dipadam daripada Pusat Penjual.

 
Tajuk Produk
Tajuk yang perlu diisi semasa menyenaraikan produk.
Nama Panggilan Kedai BigSeller
Nama panggilan kedai dalam BigSeller.
Sumber
Klik untuk akses terus kepada sumber produk.

⑥ SKU Induk

SKU induk digunakan apabila anda mempunyai variasi berbeza bagi produk yang sama (saiz, warna, dll). Setiap variasi produk adalah anak kepada induk. Produk "induk" adalah aksesori yang digunakan untuk berkaitan dengan produk anak.

 
⑦ SKU
Variasi SKU, ditetapkan untuk variasi produk yang berbeza. Setiap variasi produk harus mempunyai SKU yang berbeza.

⑧ Semakan Kualiti
Status semakan Lazada. Apabila produk dimuat naik ke pasaran, Lazada akan menjalani proses pemeriksaan produk, dan apabila status diluluskan, produk tersebut boleh disenaraikan dengan berjaya dalam pasaran.

 
⑨ Masa
Masa Cipta: Masa produk dicipta
Masa Kemaskini: Masa produk dikemaskini


 

Bahagian 2: Tindakan yang disokong di halaman aktif


① Carian
Produk boleh dipaparkan dengan cepat melalui terma-terma yang berbeza.

 
② Tidak Tersenarai, Edit Pukal (Bulk Edit), Tindakan Pukal (Bulk Actions)

Tidak Tersenarai
: Klik untuk tidak menyenaraikan produk dalam BigSeller dan Pusat Penjual (Seller Center).
Edit Pukal
: Klik untuk mengubah tajuk, penerangan, harga, inventori, dan maklumat lain bagi beberapa produk secara pukal.

Tindakan Pukal > Tambah Watermark: Klik untuk menambah watermark kepada gambar produk secara pukal.
Tindakan Pukal > Edit Harga: Klik untuk mengedit harga produk secara pukal.
Tindakan Pukal > Edit Harga Istimewa & Tarikh: Klik untuk mengedit harga istimewa & tarikh produk secara pukal.
Tindakan Pukal > Padam: Klik untuk memadam produk secara pukal. Produk hanya dipadam dalam BigSeller, produk masih wujud dalam Pusat Penjual.
③ Cipta Merchant SKU, Import & Eksport, Penyelarasan Produk, Tambah Produk

Cipta Merchant SKU:
Ia menyokong penciptaan Merchant SKU berdasarkan SKU kedai dengan satu klik.

Import & Eksport
: Ia hanya menyokong pengimportan fail Excel untuk mengemaskini stok & harga.
Penyelarasan Produk > Penyelarasan Terpilih: Klik untuk menyelaraskan maklumat produk yang dipilih dari Pusat Penjual ke BigSeller (termasuk stok).
Penyelarasan Produk > Penyelarasan Semua (kecuali stok): Klik untuk menyelaraskan maklumat semua produk dari Pusat Penjual ke BigSeller (kecuali stok).

Tambah Produk
: Klik untuk menambah produk baru secara manual.
④ Edit, Tidak Tersenarai, Penyelarasan, Salin, Padam untuk Produk Individu
Edit: Klik untuk mengedit dan mengubah maklumat produk.
Tidak
Tersenarai: Anda boleh tidak menyenaraikan produk ini dalam BigSeller dan Pusat Penjual selepas mengkliknya.
Penyelarasan (Sync)
: Klik untuk menyelaraskan satu produk.
Salin sebagai produk baru:
Anda boleh menyalin produk ini ke pasaran yang sama sebagai produk baru.
Padam
: Produk hanya dipadam dalam BigSeller, tetapi masih wujud dalam Pusat Penjual.


 

Bahagian 3: Tiga cara untuk menerbitkan produk dalam BigSeller

Kaedah 1: Terbitkan produk secara manual
Kaedah 2: Mengumpul produk dari platform e-dagang
Kaedah 3: Menyalin produk dari Kedai A ke Kedai B