Article ini menunjukkan apa itu Tolak Inventori, cara menggunakannya, dan di mana untuk memeriksa rekod tolakan inventori.

Bahagian 1: Apa itu Tolak Inventori?
Ciri Tolak Inventori Bigseller membantu anda menguruskan stok di pelbagai kedai dan gudang dengan mudah. Sebagai contoh, apabila Kedai 1 dan Kedai 2 kedua-duanya menjual Produk A, kemudian Kedai 1 menjual Produk A, maka stok Produk A di Kedai 1 dan Kedai 2 akan dikurangkan.



Bahagian 2: Cara Menggunakan Tolak Inventori?
Langkah 1: Tambahkan Merchant SKU di Bigseller.
Terdapat 4 cara untuk mencipta Merchant SKU. Anda boleh memilih salah satu yang paling sesuai dengan keperluan anda.
[Klik di sini](link) untuk mengetahui cara menambahkan Merchant SKU.

Langkah 2: Pemetaan Merchant SKU dengan Produk Kedai.
Anda perlu memetakan Merchant SKU dengan SKU Kedai supaya Bigseller tahu Merchant SKU mana yang berkoresponden dengan produk mana.
Anda boleh memetakan hubungan satu persatu atau secara pukal.
[Klik di sini](link) untuk memetakan satu persatu.
[Klik di sini](link) untuk memetakan secara pukal.

Langkah 3: Tambahkan Peraturan Tolak Inventori.
Hanya apabila anda menetapkan peraturan(tolakan) tolak inventori, Bigseller akan tahu bagaimana cara untuk secara automatik menolak stok anda di pelbagai kedai jika stok yang ada untuk sebarang Merchant SKU berubah.

Pergi ke Inventori > Tolak Inventori (Push Inventory), klik + Tambah Peraturan Tolak.



Masukkan Nama Peraturan, pilih Merchant SKU(s) yang anda ingin tolak stok di bawah peraturan ini, kemudian pilih Gudang(s) dan Kedai(s) untuk menolak inventori.



Pilih Merchant SKU: Sehingga 5000 SKU boleh dipilih untuk satu peraturan;

Kuantiti Tolak: Anda boleh menolak stok sebenar / stok separuh / stok maya ke kedai-kedai.

Anda boleh memilih beberapa gudang untuk tolak, contohnya: pilih gudang A dan B, sistem akan menolak stok yang ada A + B.

Pilih Kedai:


Had Stok (Opsional): Untuk mengelakkan stok lebihan akibat banyak pesanan dalam tempoh pendek.



Catatan
1. Penutupan atau perubahan peraturan hanya akan memberi kesan kepada pesanan akan datang. Pesanan yang telah ada masih akan menggunakan peraturan lama;
2. Jika terdapat beberapa peraturan tolak yang sepadan untuk satu Merchant SKU, sistem hanya akan menjalankan peraturan dengan keutamaan tertinggi. Semakin kecil nilai, semakin tinggi keutamaan.

Langkah 4: Hidupkan Ciri Inventori.
Pergi ke Tetapan > Tetapan Inventori, klik untuk hidupkan Ciri Inventori.




Nota: Anda hanya boleh menggunakan ciri Tolak Inventori apabila suis Ciri Inventori dihidupkan.


Selepas melalui semua langkah di atas, anda boleh kembali ke Tolak Inventori, klik Tolak Sekarang. Ini akan mencetuskan proses tolak inventori dengan serta-merta.
Kemudian anda boleh tunggu dan periksa jika stok produk kedai anda telah dikemaskini. Anda juga boleh terus ke Bahagian 3 untuk memeriksa rekod tolakan inventori.





Bahagian 3: Di Mana Untuk Periksa Rekod Tolakan Inventori?
Pergi ke Inventori > Rekod Tolakan, di sini anda boleh periksa rekod tolakan inventori.

[Klik di sini](link) untuk ketahui lebih lanjut mengenai Rekod Tolakan Inventori.




 


FAQs to Push Inventory


Video Tutorial: