BigSeller menyokong skrap maklumat produk dari Shopee, Lazada, Tokopedia, Bukalapak, Jakmall, Sendo, Tiki, Blibli, 1688, AliExpress, Taobao, Tmall, Pinduoduo, Evermos, Jakartanotebook, LineShop. Ambil Shopee sebagai contoh, artikel ini akan menunjukkan cara untuk skrap produk dari platform-platform ini.
 
Sila dapatkan Sambungan Skrap BigSeller (Bigseller Extension) sebelum menggunakan pengumpul data BigSeller. (Bagaimana untuk memasang sambungan skrap?)
Kaedah 1: Skrap Produk Secara Individu
Anda boleh skrap produk individu di laman utama (Shopee / Lazada / Tokopedia), laman kedai, laman hasil carian, dan laman butiran produk. Mari ambil contoh laman hasil carian Shopee untuk menunjukkan cara skrap:
Pergi ke Shopee > Cari produk > Arahkan tetikus pada produk > Klik pada Skrap ke BigSeller (Scrape to Bigseller)



 
Kaedah 2: Skrap Secara Pukal
Anda boleh skrap produk secara pukal di laman kategori Shopee, laman kategori kedai, dan laman hasil carian.
Mari ambil laman hasil carian sebagai contoh untuk tunjukkan cara untuk skrap:
Langkah 1:
Pergi ke Shopee > Pergi ke laman utama satu kedai > Klik pada Semua Produk


 

Langkah 2:
Klik pada 'Skrap Halaman Semasa (Scrape Current Page),' dan sistem akan mengumpulkan produk seluruh halaman secara automatik.


 
Anda boleh melihat produk yang telah diskrapl ini di Bigseller > Produk > Produk Skrap.



 
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, sila rujuk kepada:
Cara skrap dari Shopee (versi PC)
Cara skrap dari Lazada (versi PC)