Bahagian 1: Cepat Kenali Semua Atribut Halaman Senarai




 
① Status Penerbitan Produk
Draf: Produk yang perlu diedit dan diterbitkan, termasuk yang anda cipta dan simpan, serta yang diskrap dari platform lain dan disalin dari kedai anda yang lain.
Menunggu: Produk yang dijadualkan untuk diterbitkan.
Dalam Proses Penerbitan: Produk yang akan diperiksa oleh pasaran.
Disebabkan oleh had API Tokopedia, produk akan masuk ke Senarai Penerbitan dahulu selepas anda klik "Terbitkan," dan kemudian akan dikeluarkan satu persatu mengikut susunan.
Hanya produk dari Tokopedia yang akan berada dalam status ini. Jika produk dari platform lain terdapat dalam senarai ini, ini adalah tidak normal, dan sila minta bantuan kami.
Gagal: Produk yang gagal untuk diterbitkan. Anda boleh melihat sebab kegagalan dan menerbitkan semula selepas menyesuaikan maklumat produk dalam senarai ini.
Aktif: Produk untuk dijual dan habis stok, dilarang, tidak disenaraikan, dan dipadamkan.
② Status Penyenaraian
Aktif: Produk yang telah berjaya disenaraikan di pasaran. Pembeli dapat melihat dan mencarinya di laman utama kedai.
Habis Stok: Produk yang tiada stok.
Dilarang: Produk yang dilarang untuk dijual disebabkan oleh pelanggaran dasar platform dan sebab-sebab lain. Pembeli tidak dapat melihat atau mencari produk ini di laman utama kedai.
Tidak Disenaraikan: Produk yang tidak disenaraikan dari Pusat Penjual. Pembeli tidak dapat melihat atau mencari produk ini di laman utama kedai.
Dipadam: Produk yang dipadam dari Pusat Penjual.
③ Tajuk Produk
Tajuk yang perlu diisi semasa menyenaraikan produk.
④ Nama Panggilan Kedai BigSeller
Nama panggilan kedai dalam BigSeller.
⑤ Sumber
Klik untuk mengakses sumber produk secara langsung.
⑥ SKU Induk
SKU induk digunakan apabila anda mempunyai variasi berbeza untuk produk yang sama (saiz, warna, dll.). Setiap variasi produk adalah anak kepada induk. Produk "induk" adalah aksesori yang digunakan untuk menghubungkan produk anak.
⑦ SKU
SKU variasi, ditetapkan untuk variasi berbeza produk. Setiap variasi produk perlu mempunyai SKU yang berbeza.
⑧ Masa
Masa Cipta: Masa produk dicipta
Masa Kemaskini: Masa produk dikemaskini

Bahagian 2: Tindakan yang Disokong pada Halaman Aktif




 
① Carian
Produk boleh disaring dengan cepat mengikut terma-terma yang berbeza.
② Tidak Disenaraikan, Edit Secara Pukal (Bulk Edit), Tindakan Pukal (Bulk Actions)
Tidak Disenaraikan: Klik untuk tidak senaraikan produk di BigSeller dan Pusat Penjual.
Edit Secara Pukal: Klik untuk mengubah tajuk, huraian, harga, inventori, dan maklumat lain mengenai beberapa produk secara pukal.
Tindakan Secara Pukal > Edit Kategori: Klik untuk mengubah kategori produk secara pukal.
Tindakan Secara Pukal > Edit Atribut: Klik untuk mengubah atribut produk secara pukal.
Tindakan Secara pukal > Tambah Tanda Air (watermark): Klik untuk menambah tanda air kepada imej produk secara pukal.
Tindakan Secara Pukal > Edit Imej: Klik untuk mengedit imej produk secara Pukal.
Tindakan Secara Pukal > Padam: Klik untuk memadam produk secara Pukal. Produk hanya akan dipadamkan dalam BigSeller, tetapi masih wujud dalam Pusat Penjual.
③ Hasilkan Merchant SKU, Import & Eksport, Sinkron Produk, Tambah Produk
Hasilkan Merchant SKU: Ia menyokong hasilkan Merchant SKU berdasarkan SKU kedai dengan satu klik.
Import & Eksport > Import untuk mengemaskini stok & harga: Ia menyokong import excel untuk mengemaskini stok & harga produk.
Import & Eksport > Eksport Produk > Eksport Terpilih: Ia menyokong eksport produk yang dipilih.
Import & Eksport > Eksport Produk > Eksport Mengikut Halaman: Ia menyokong eksport produk mengikut halaman.
Selaras Produk > Selaras Terpilih: Klik untuk menyelaraskan maklumat produk yang dipilih dari Pusat Penjual ke BigSeller (termasuk stok).
Selaras Produk > Selaras Semua (kecuali stok): Klik untuk menyelaraskan maklumat semua produk dari Pusat Penjual ke BigSeller (kecuali stok).
+Tambah Produk: Klik untuk menambah produk baru secara manual .
④ Edit, Tidak Disenaraikan, Selaras (Sync), Salin, Padam untuk Produk Individual
Edit: Klik untuk mengedit dan mengubah maklumat produk.
Tidak Disenaraikan: Anda boleh tidak senaraikan produk ini di BigSeller dan Pusat Penjual setelah mengkliknya.
Selaras(sync): Klik untuk menyelaraskan produk tunggal.
Salin sebagai produk baru: Anda boleh menyalin produk ini ke pasaran yang sama sebagai produk baru.
Padam: Produk hanya dipadamkan dalam BigSeller, tetapi masih wujud dalam Pusat Penjual.
 

Bahagian 3: Empat Cara Untuk Menerbitkan Produk dalam BigSeller

Kaedah 1: Menerbitkan produk secara manual
Kaedah 2: Skrap produk dari platform e-dagang
Kaedah 3: Menyalin produk dari Kedai A ke Kedai B
Kaedah 4: Menerbitkan produk dengan mengimport fail Excel. (Hanya tersedia untuk Shopee)